MAC 2025

Premier Sarawak, Solat Jumaat Di Masjid India Bandar Kuching


Kuching - 14 Mac 2025 (Jumaat)

Yang Amat Berhormat, Premier Sarawak, Daruk Patinggi Tan Sri (DR), Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg bersama-sama dengan penduduk tempatan di Bandaraya Kuching mengadakan Majlis Sholat Jumaat, di Masjid India Bandar Kuching, hari ini.

Ketibaan Abg Jo, disambut oleh YBhg. Datuk Haji Ali, selaku pengerusi masjid  bersama- sama dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan.

Majlis Sholat Jumaat diimamkan oleh Ustaz Wan Zairi.

Selesai Sholat Jumaat, Premier sempat meluangkan masa untuk mendengar taklimat ringkas mengenai perkembangan semasa masjid itu yang disampaikan oleh Haji Ali.

Selepas taklimat,  Premier bersama dengan Ahli- ahli jawatankuasa masjid meninjau sendiri  persekitaran masjid itu.

Hadir sama semasa sholat jumaat dan majlis taklitmat itu. Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, YBhg. Datuk Helmi, Datuk Bandar Kuching utara (DBKU), YBhg Datuk Haji Misnu Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) dan sebahagiam daripada Pegawai- pegawai yang telibat dengan pembangunan Masjid itu.